Saturday, December 27, 2014

holiday in johor: legoland

Pengalaman ke Legoland Malaysia

Hari pertama

Pada hari percutian yang lepas, kami sekeluarga telah pergi ke Johor untuk bercuti. Saya berasa sungguh teruja untuk ke sana. Kami bertolak pada pukul 8 dan sampai pada pukul 12:30. Selepas kami makan kami terus bergerak ke hotel untuk check in. Sampai saja di hotel kami bersolat dan berehat sebentar sebelum mandi di kolam renang. Selepas kami berenang kami bersiap untuk ke Johor Premium Outlet.

Hasil aktiviti membeli-belah tersebut agak banyak juga. Tapi yang banyak tu mama.Saya dapat satu kotak marshmallow je. (Jealous kejap hehe ) Selepas bershopping kami pun baliklah ke hotel. Saya dan mama pada mulanya makan maggi cup saja sebab masih kenyang. Tapi disebabkan tak puas kami berdua pun join ayah turun makan kat restoran hotel tu. Lepas makan tengok tv kejap. Lepas tu terus pengsan pasal penat sangat. Mana tak penatnya shopping sampai berjam-jam.

Hari kedua

Pada hari yang kedua, kami meneruskan perjalanan untuk ke legoland. Kami berhenti di barisan mengutip dan menghantar dan berjalan sedikit untuk pergi ke pintu masuk. Sewaktu kami sampai, barisan beratur untuk masuk ke taman tema tersebut masih belum panjang lagi. Setelah masuk kami pun pergi mengambil gambar bersama model-model lego tersebut. Kebetulan sewaktu kami sampai kami ada ternampak maskot lego. Tetapi ianya adalah watak orang jahat dari the lego movie. Sewaktu kami berjalan ke roller coaster kami ternampak kakitangan legoland yang berlakon menjadi polis. Kami perasan dia menghentikan orang sekejap kononnya orang tu buat jenayah. Memang kelakar la sebab nanti dia ikut kita sampai jumpa orang yang lain. Permainan pertama yang kami naik ialah roller coaster technic. Pada kali pertama kami cuba naik saya dah menangis takut roller coaster tu rosak. Kami naik semua roller coaster di situ sampai empat kali. Kalau kira semuanya sekali kami naik dua belas kali untuk ketiga-tiga roller coaster tu.

Permainan yang paling saya suka adalah beetle bounce. Kalau kita naik benda tu nanti dia naik ke atas lepas tu turun ke bawah dan naik dan ulang benda sama macam bouncing la. Kami juga suka permainan boating school di lego city. Macam memandu kereta tapi steering dia kena pusing sampai penghujung dia. Kena laju-laju la kalau tak langgar track dia. Mula-mula kami tak tau macam mana nak buat, lepas tu kami agak-agak la. Nasib baik menjadi. Lagi satu ride yang kami perasan di lego city adalah bomba. Tapi kita kena lompat-lompat dalam kenderaan tu untuk gerakkan dia dan air untuk padam kebakaran pun kena pam. Kena guna tenaga juga la.

Kami pun ada cuba naik kereta api lego sebab orang kata seronok naik benda tu. Tapi kalau orang yang dah besar tak seronok la. Dia pusing satu legoland tu. Tapi kalau nak explore satu legoland tu try la naik benda ni. Kalau ada budak kecil mesti dia suka naik benda ni. Ianya terletak di lego city juga. Di lego kingdoms kami naik roller coaster naga. Ada dua jenis roller coaster naga. Ada yang start masuk dekat indoor dulu. Dalam indoor tu ada la model lego bercakap-cakap tapi slow je la waktu indoor tu. Jumpa naga warna merah terus kita menjunam laju-laju dan ke outdoor. Memang seronok.
 
holiday at Johor