Saturday, February 8, 2014

mee bandung kegemaran

Hari ni tukar selera masak mee bandung:
bahan2:
1) Tumbuk bawang besar 2, bawang putih 8 . Cili blender dlm 1 cawan. ( bahan A)
2) Tumbuk udang kering dalam 1 cawan juga.
3) Rebus daging lembu dan tulang lembu.
Tumis bahan A hingga naik bau,masukkan bahan B. Campurkan air rebusan C. Masukkan sos ikan 3 susu, sos tiram 4 sudu, udang, pecahkan telur, masukkan pak choy sayur.
celur mee dan taugeh. Dimakan bersama kuah , limau dan cili potong.

Monday, February 3, 2014

Korean trip: Memories forever




































PERSEDIAAN KE KOREA

Sebelum pergi ke korea,kami ada membuat beberapa persediaan,antaranya ialah :
1.duit won
2.winter jacket
3.long john
4.winter boots
5.stokin wool
Dan yang lain.Kami berasa sangat teruja dan gembira kerana dapat menjejakkan kaki ke korea.kami ada membuat sedikit pencarian sebelum pergi ke korea.ianya amat penting untuk membuat sedikit pencarian tentang tempat yang kita hendak pergi.

HARI PERTAMA – JAKARTA

Setelah sampai di airport Jakarta kami terus berkumpul di tempat yang travel agent kami tetapkan.bas kami pun sampai setelah lama menunggu.kami pun bertolak ke masjid istiqlal untuk solat.setelah solat kami terus ke shopping complex dan makan malam.kami sempat membeli neck pillow di airport,kononnya biar kami tidur dengan selesa tapi takde la selesa sangat macam bantal kat rumah tu.huhuhu bazir  12 dollar aje.Dah la diorang jual guna duit dollar penat kitorang terpaksa lari ke money changer pastu baru dapat beli.

HARI KEDUA – KOREA

Kami terpaksa tidur di dalam kapal terbang kerana flight kami berlepas pada waktu malam.pagi-pagi lagi pramugari sudah hidangkan sarapan.walaupun pramugari itu tidak mengejutkan kami dari tidur,kami secara automatic bangun daripada tidur kerana ada satu mamat ni pergi pesan arak yang berbau tak mengenangkan.Kesian pramugari yang terpaksa isikan arak untuk dia,pramugari tu punya muka pun macam terseksa bau arak tu.Tapi walaupun bau arak itu tidak mengenangkan,tapi kami tetap berselera untuk menikmati sarapan.



Setelah sampai di airport,kami pergi mengisi borang dan mengambil bag baju kami.Kami berkumpul bersama group kami dan menukar pakaian kami dengan pakaian musim sejuk.Sesudah kami menukar pakaian kami terus naik ke bas dan di dalam bas itulah kami berjumpa dengan agensi pelancongan Korea kami yang bernama Kuna dan Louie.Nama Kuna tu sebenarnya bukan nama betul dia tu nama panggilan je tu.Tapi yang kelakarnya dia cakap nama ‘Kuna’ tu sebenarnya nama kopi ‘Kuna coffee’.

Setelah kami semua selesai tukar baju,kami pergi ke satu kedai makan yang berdekatan dengan Nami Island.Setelah kenyang kami pergi ke Nami Island iaitu tempat filem Winter Sonata dibuat.Ianya adalah satu tempat yang sangat romantik.Tapi yang sedihnya kitorang beria-ia tengah tangkap gambar kami baru tersedar yang kami terlambat nak berkumpul bersama group kami,terpaksa la kami berlari-lari bagaikan atlet di pulau yang besar tu.Terseksa sungguh,sambil berlari kami terjumpa penjual pau dan kami terus memesan satu pau,tapi dia utamakan orang Korea dulu pastu ada satu orang melayu pesan pau dia layan dulu orang tu padahal kitorang datang dulu.Dah la sama warganegara pastu dia tipu kat kitorang yang pau tu dah habis.Sebab waktu kami jalan dengan kecewa kami Nampak dia layan satu orang Korea lagi yang nak beli pau,punyala geram kitorang sebab dia menipu,pastu buang masa kitorang lagi la geram kalau terpaksa lari lagi bagaikan jaguh.Nasib baik sempat naik feri tu,setelah naik bas kami terus pergi ke hotel ski resort dan makan di situ.

HARI KETIGA - KOREA

Pagi-pagi lagi kami berdua sudah bangun untuk bersiap.Maklumlah tak sabar nak main saljikan.Setelah memakai baju kami terus memecut bagaikan roket ke lobby hotel sebab dah tak sabar nak makan sangat pastu Kuna ingatkan kitorang untuk ambil bag.Haihh lapar sangat sampai nak ambil beg pun dah lupa.Nampaknya kena memecut dua kali la ni,hmm takpela exercise sikit.Selesai ambil bag kami terus ke tempat makan dan mengambil sarapan kami.Yang malunya kami main ambil jer makanan yang ada sebab tisu yang Kuna letakkan untuk menandakan makanan yang tak halal tu kat belah kiri dan kami di barisan belah kanan.Malunya waktu makcik dari group kami tegur “tu bukan tak halal ke dik”.Malunya!!

Setelah group kami bersarapan,kami terus ke tempat ski,waktu tu la baru terhegeh-hegeh nak tukar but untuk main ski.Sewaktu Kuna berkata bahawa  group kitorang akan terbahagi kepada dua iaitu group gondola dan group ski,lebih ramai pilih gondola dari berski.Jadi kami pun memilih gondola.Group gondola akan diiringi oleh Louey manakala group ski akan diiringi oleh Kuna.Setelah sampai di atas bukit,alia terus sibuk mengajak saya membuat orang salji bersama kawan dia Iman.Tak sempatla nak bergambar huhuhu.Waktu tengok diorang susah sangat nak membuat snowman sebab salji tu dah beku,saya ajak la diorang pergi ke tempat yang saljinya masih halus lagi.Disebabkan salji tu masih halus terus mereka tekun main golek-golek,buat snow angel,dan snowman.Disebabkan mereka tekun bermain,dapat la saya mengambil gambar dan berjalan di atas tasik yang betul-betul sudah membeku.Kali ni saya bercadang untuk turun lebih awal,rupa-rupanya mereka berkumpul lebih awal daripada waktu yang Kuna tetapkan.                 

Setelah menaiki bas,kami terus menuju ke Everland.Apabila kami sampai ke Everland kami terus mengambil tiket daripada Louey dan mengerahkan tiket di tempat penyerahan tiket.Kami pergi ke zoo di Everland bersama group kami.Selepas ke zoo kami bebas untuk ke mana saja.Kami pergi sembahyang dahulu dan pergi ke magic swing,peter pan dan rotating house.Rotating house tu wajib naik,tapi kalau korang jenis cepat pening tak payah la.Kami pun berkumpul pada waktu yang ditetapkan.Setelah menaiki bas bersama group kami,kami ke sebuah restoran dan makan malam di situ.Selepas makan malam,kami pergi ke hotel dan terus tidur.                                                                                                                                                                        



HARI KEEMPAT - KOREA

Seperti biasa,kami bangun awal dari yang lain.Kami ke tingkat dua dan mencari restoran yang berada di tingkat itu.Masa kitorang baru keluar dari lif mak Iman panggil kami,jadi kami datangla.Rupa-rupanya keluarga Iman yang datang dulu,lepas tu baru kami datang.Selesai bersarapan,kami bertolak ke kilang ginseng.Masa kitorang sampai ada satu orang lelaki tu layan kitorang tiba-tiba je dia cakap bahasa melayu.Semua orang pun terkejut campur gembira sebab orang Korea tak tahu cakap bahasa inggeris ni bahasa melayu memang tak la.Orang yang layan kami cakap perkataan  ‘Ginseng’  tu sebenarnya bermaksud ‘human shaped root’.’Gin’ bermaksud manusia dan ‘Seng’ bermaksud akar.Selesai melawat kilang Ginseng kami terus ke kedai makan yang menghidangkan makanan Malaysia.Waktu group kami nak ambil makanan,beratur punya la panjang sampai ke pintu.Pastu datang pulak group lain makan kat situ jugak.Lagi la panjang beratur siap dibentukkan jadi zig zag lagi.Haaihh dah la makcik-makcik tu semua memotong,lambat la nampaknya nak makan.Selesai makan semua orang pergi solat dan pergi tandas.Waktu nak beratur kat tandas,anak saya terlupa nak ambil botol nak isi air.Mula la dia mencari-cari saya kat surau tu sambil terloncat-loncat tak tahan nak buang air kecil.Nasib baik la driver bas tu ada lagi.Kalau tak terbuang air kecil kat seluar la nampaknya.


Sesudah makan,solat dan pergi tandas baru la rasa tenang nak ke destinasi seterusnya.Destinasi kami yang seterusnya adalah amethyst factory.Teruja semua orang perempuan dibuatnya.Waktu kami masuk ada group lain juga kat situ.Selepas orang ni beri penerangan tentang amethyst kami terus menuju ke kedai barang kemas yang diperbuat dari berlian.Saya dan anak saya tengok bahagian rantai dan cincin.Alia teringin nak rantai Amethyst dan saya nak beli cincin.Akhirnya Alia mendapat rantai Amethyst berbentuk bunga clover dan saya membeli cincin Amethyst berbentuk hati.Semua orang dalam group kami ternganga mulut tengok saya dan Alia membeli Amethyst kerana Amethyst tu dah la mahal.Yang paling murah pun RM200.Selepas pergi kedai barang kemas kami singgah kejap dekat kedai runcit berdekatan dan membeli banana milk kegemaran kami.Tapi kalau nak beli banana milk jangan tersilap ambik yang lain pula.Pastikan atas dia warna hijau baru beli.Setelah pergi ke Kimchi school dan memakai Han bok kami terus  balik ke hotel dan tidur.

HARI KELIMA-BALIK KE MALAYSIA

Kami bangun awal pagi untuk sarapan dan terus ke airport untuk check in kapal terbang dan berpisah dengan Kuna dan Louie.Selepas naik ke atas pesawat,kami terus diberi air oren dan menu makanan tengahari.Kami diberi pilihan sama ada daging atau ayam.Sesudah sampai di airport kami terus tergesa-gesa mengambil air wuduk dan check in.Naik kapal terbang terus tertidur dan sampai ke Malaysia.

Memories forever



Sunday, February 2, 2014