PERSEDIAAN KE KOREA
Sebelum pergi ke korea,kami ada membuat beberapa
persediaan,antaranya ialah :
1.duit won
2.winter jacket
3.long john
4.winter boots
5.stokin wool
Dan yang lain.Kami berasa sangat teruja dan gembira kerana
dapat menjejakkan kaki ke korea.kami ada membuat sedikit pencarian sebelum
pergi ke korea.ianya amat penting untuk membuat sedikit pencarian tentang
tempat yang kita hendak pergi.
HARI PERTAMA – JAKARTA
Setelah sampai di airport Jakarta kami terus berkumpul di
tempat yang travel agent kami tetapkan.bas kami pun sampai setelah lama
menunggu.kami pun bertolak ke masjid istiqlal untuk solat.setelah solat kami
terus ke shopping complex dan makan malam.kami sempat membeli neck pillow di
airport,kononnya biar kami tidur dengan selesa tapi takde la selesa sangat
macam bantal kat rumah tu.huhuhu bazir
12 dollar aje.Dah la diorang jual guna duit dollar penat kitorang
terpaksa lari ke money changer pastu baru dapat beli.
HARI KEDUA – KOREA
Kami terpaksa tidur di dalam kapal terbang kerana flight
kami berlepas pada waktu malam.pagi-pagi lagi pramugari sudah hidangkan
sarapan.walaupun pramugari itu tidak mengejutkan kami dari tidur,kami secara
automatic bangun daripada tidur kerana ada satu mamat ni pergi pesan arak yang
berbau tak mengenangkan.Kesian pramugari yang terpaksa isikan arak untuk
dia,pramugari tu punya muka pun macam terseksa bau arak tu.Tapi walaupun bau
arak itu tidak mengenangkan,tapi kami tetap berselera untuk menikmati sarapan.
Setelah sampai di airport,kami pergi mengisi borang dan
mengambil bag baju kami.Kami berkumpul bersama group kami dan menukar pakaian
kami dengan pakaian musim sejuk.Sesudah kami menukar pakaian kami terus naik ke
bas dan di dalam bas itulah kami berjumpa dengan agensi pelancongan Korea kami
yang bernama Kuna dan Louie.Nama Kuna tu sebenarnya bukan nama betul dia tu
nama panggilan je tu.Tapi yang kelakarnya dia cakap nama ‘Kuna’ tu sebenarnya
nama kopi ‘Kuna coffee’.
Setelah kami semua selesai tukar baju,kami pergi ke satu
kedai makan yang berdekatan dengan Nami Island.Setelah kenyang kami pergi ke
Nami Island iaitu tempat filem Winter Sonata dibuat.Ianya adalah satu tempat
yang sangat romantik.Tapi yang sedihnya kitorang beria-ia tengah tangkap gambar
kami baru tersedar yang kami terlambat nak berkumpul bersama group
kami,terpaksa la kami berlari-lari bagaikan atlet di pulau yang besar
tu.Terseksa sungguh,sambil berlari kami terjumpa penjual pau dan kami terus
memesan satu pau,tapi dia utamakan orang Korea dulu pastu ada satu orang melayu
pesan pau dia layan dulu orang tu padahal kitorang datang dulu.Dah la sama
warganegara pastu dia tipu kat kitorang yang pau tu dah habis.Sebab waktu kami
jalan dengan kecewa kami Nampak dia layan satu orang Korea lagi yang nak beli
pau,punyala geram kitorang sebab dia menipu,pastu buang masa kitorang lagi la
geram kalau terpaksa lari lagi bagaikan jaguh.Nasib baik sempat naik feri
tu,setelah naik bas kami terus pergi ke hotel ski resort dan makan di situ.
HARI KETIGA - KOREA
Pagi-pagi lagi kami berdua sudah bangun untuk
bersiap.Maklumlah tak sabar nak main saljikan.Setelah memakai baju kami terus
memecut bagaikan roket ke lobby hotel sebab dah tak sabar nak makan sangat
pastu Kuna ingatkan kitorang untuk ambil bag.Haihh lapar sangat sampai nak
ambil beg pun dah lupa.Nampaknya kena memecut dua kali la ni,hmm takpela
exercise sikit.Selesai ambil bag kami terus ke tempat makan dan mengambil
sarapan kami.Yang malunya kami main ambil jer makanan yang ada sebab tisu yang
Kuna letakkan untuk menandakan makanan yang tak halal tu kat belah kiri dan
kami di barisan belah kanan.Malunya waktu makcik dari group kami tegur “tu
bukan tak halal ke dik”.Malunya!!
Setelah group kami bersarapan,kami terus ke tempat ski,waktu
tu la baru terhegeh-hegeh nak tukar but untuk main ski.Sewaktu Kuna berkata
bahawa group kitorang akan terbahagi
kepada dua iaitu group gondola dan group ski,lebih ramai pilih gondola dari
berski.Jadi kami pun memilih gondola.Group gondola akan diiringi oleh Louey
manakala group ski akan diiringi oleh Kuna.Setelah sampai di atas bukit,alia
terus sibuk mengajak saya membuat orang salji bersama kawan dia Iman.Tak
sempatla nak bergambar huhuhu.Waktu tengok diorang susah sangat nak membuat
snowman sebab salji tu dah beku,saya ajak la diorang pergi ke tempat yang
saljinya masih halus lagi.Disebabkan salji tu masih halus terus mereka tekun
main golek-golek,buat snow angel,dan snowman.Disebabkan mereka tekun
bermain,dapat la saya mengambil gambar dan berjalan di atas tasik yang
betul-betul sudah membeku.Kali ni saya bercadang untuk turun lebih
awal,rupa-rupanya mereka berkumpul lebih awal daripada waktu yang Kuna
tetapkan.
Setelah menaiki bas,kami terus menuju ke Everland.Apabila
kami sampai ke Everland kami terus mengambil tiket daripada Louey dan
mengerahkan tiket di tempat penyerahan tiket.Kami pergi ke zoo di Everland
bersama group kami.Selepas ke zoo kami bebas untuk ke mana saja.Kami pergi
sembahyang dahulu dan pergi ke magic swing,peter pan dan rotating
house.Rotating house tu wajib naik,tapi kalau korang jenis cepat pening tak
payah la.Kami pun berkumpul pada waktu yang ditetapkan.Setelah menaiki bas
bersama group kami,kami ke sebuah restoran dan makan malam di situ.Selepas
makan malam,kami pergi ke hotel dan terus tidur.
HARI KEEMPAT - KOREA
Seperti biasa,kami bangun awal dari yang lain.Kami ke
tingkat dua dan mencari restoran yang berada di tingkat itu.Masa kitorang baru
keluar dari lif mak Iman panggil kami,jadi kami datangla.Rupa-rupanya keluarga
Iman yang datang dulu,lepas tu baru kami datang.Selesai bersarapan,kami
bertolak ke kilang ginseng.Masa kitorang sampai ada satu orang lelaki tu layan
kitorang tiba-tiba je dia cakap bahasa melayu.Semua orang pun terkejut campur
gembira sebab orang Korea tak tahu cakap bahasa inggeris ni bahasa melayu
memang tak la.Orang yang layan kami cakap perkataan ‘Ginseng’
tu sebenarnya bermaksud ‘human shaped root’.’Gin’ bermaksud manusia dan
‘Seng’ bermaksud akar.Selesai melawat kilang Ginseng kami terus ke kedai makan
yang menghidangkan makanan Malaysia.Waktu group kami nak ambil makanan,beratur
punya la panjang sampai ke pintu.Pastu datang pulak group lain makan kat situ
jugak.Lagi la panjang beratur siap dibentukkan jadi zig zag lagi.Haaihh dah la
makcik-makcik tu semua memotong,lambat la nampaknya nak makan.Selesai makan
semua orang pergi solat dan pergi tandas.Waktu nak beratur kat tandas,anak saya
terlupa nak ambil botol nak isi air.Mula la dia mencari-cari saya kat surau tu
sambil terloncat-loncat tak tahan nak buang air kecil.Nasib baik la driver bas
tu ada lagi.Kalau tak terbuang air kecil kat seluar la nampaknya.
Sesudah makan,solat dan pergi tandas baru la rasa tenang nak
ke destinasi seterusnya.Destinasi kami yang seterusnya adalah amethyst
factory.Teruja semua orang perempuan dibuatnya.Waktu kami masuk ada group lain
juga kat situ.Selepas orang ni beri penerangan tentang amethyst kami terus
menuju ke kedai barang kemas yang diperbuat dari berlian.Saya dan anak saya
tengok bahagian rantai dan cincin.Alia teringin nak rantai Amethyst dan saya
nak beli cincin.Akhirnya Alia mendapat rantai Amethyst berbentuk bunga clover
dan saya membeli cincin Amethyst berbentuk hati.Semua orang dalam group kami
ternganga mulut tengok saya dan Alia membeli Amethyst kerana Amethyst tu dah la
mahal.Yang paling murah pun RM200.Selepas pergi kedai barang kemas kami singgah
kejap dekat kedai runcit berdekatan dan membeli banana milk kegemaran kami.Tapi
kalau nak beli banana milk jangan tersilap ambik yang lain pula.Pastikan atas
dia warna hijau baru beli.Setelah pergi ke Kimchi school dan memakai Han bok
kami terus balik ke hotel dan tidur.
HARI KELIMA-BALIK KE MALAYSIA
Kami bangun awal pagi untuk sarapan dan terus ke airport
untuk check in kapal terbang dan berpisah dengan Kuna dan Louie.Selepas naik ke
atas pesawat,kami terus diberi air oren dan menu makanan tengahari.Kami diberi
pilihan sama ada daging atau ayam.Sesudah sampai di airport kami terus
tergesa-gesa mengambil air wuduk dan check in.Naik kapal terbang terus tertidur
dan sampai ke Malaysia.
No comments:
Post a Comment