Baru-baru ini sahabatku / pesaki ku juga mengadu tentang cabaran membesarkan anak-anak. Beliau teringat kata-kata orang tua bahawa membesarkan anak-anak yang mempunyai 2 pusaran di kepala banyak cobaannya. Beliau memnag tak percaya, tetapi setelah membesarkan ke tiga-tiga anaknya baru beliau terasa kebenarannya. Anak-anak yang sepatutnya hormat pada ibu telah menjadi sebaliknya iaitu suka naik hangin dan marah-marah pula pada kedua orang tua. Banyak komen dan perasaan tidak puas hati terhadap ibu seperti ibu tidak adil, ibu suka anak buat kerja rumah banyak-banyak, ibu tak kelakar dan selalu marah-marah. Dan yang terbaru ibu tak pandai besarkan anak2, ibu bodoh dan orang tua tak sedar diri. Banyak alasan yang diberi oleh anak-anak yang selalu menjawab persis seorang peguam. Anak yg remaja selalu mengatakan sahabatku tak adil, lebihkan yg kecil, tak pandai ajar yang ank yg kecil sehingga jadi teruk dan suka mengejek. Setipa kali balik kerja anak-anak akan bertekak, yg kecil suka mengadu tentang yg besar pada sahabatku dan yg besar naik hangin dan accuse sahabatku tak adil. Jiranya ie Datin Sri selalu mengatakan bila sahabatku tiada dirumah anak-anak okay serta bergurau-gurau tetapi bila balik sahaja sahabtaku ..ank-anak mula bertekak.
Bapa sahabatku selalu mengingatkan dia supaya berhati-hati, takut jiran yang rapat ( seorang datin ) dia suka bermuka-muka .Mula-mula dia tak percaya kata-kata ayahnya , tapi selepas beberapa insiden dia telah sedar bahawa kata-kata ayahnya adalah ternyata benar. Jiran nya ada berkata perlu beli jiwa anak-anak dan perlu dekati anak-anak. Jiran berkata mungkin sahabat ku ada buat salah juga. Mula-mula sahabatku menerima kata-kata jiran tersebut dengan hati terbuka dan berterima kasih. tapi selepas beberapa insiden hati sahabatku telah terbuka dan diberi petunjuk kebenaran rupanya jirannya suka bermuka-muka.
Beberapa hari jiran memberitahu dia bahawa anak yang kecil berkata " makcik nak tahu tak kenapa kami suka marah-marah? Itu sebab ibu kami sendiri yang suka marah-marah". Sahabat ku pelik, mcm mana budak kecil boleh berkata demikian, sebab sahabatku ada kawan baik child educator yg selalu berkata: budak kecil hanya akan mengeluarkan kata-kata atau idea yang dia dengar dari orang lain". Rupanya bila sahabat ku menyiasat , kata-kata tersebut dituturkan oleh datin pada anaknya sendiri.
Anak yg kecil juga pernah berkata dia suka ibu yang tak byk hantar anak ke tuition dan kelakar spt datin.
Ada satu insident juga yg telah menyedarkan sahabatku bahwa datin telah meracuni fikiran anak-anaknya. satu hari datin bertanya pada anak yg remaja ie Adi," kenapa gambar anak yg remaja ie Adi tidak diframe kan dan diletak di sebelah TV, tapi gambar adik ada?". Adi pun bengang. Jadi bertambah lah anak-anak sahbatku tak puas hati dengan ibu, mengatakan ibu tidak adil dll.
Baru lah sahabatku sedar atas permainan jirannya datin itu.
Kesian dengar kisah sahabatku..semoga beliau mendapat pertolongan dan perlindugan Allah. Amin
No comments:
Post a Comment