Wednesday, August 7, 2013

biskut dan kek raya 2013


BISKUT SEMPRIT ANDAK
- 1/2 tepung gandum
- 1 cawan tepung custard
- 2 Cawan tepung jagung
- 1/2 cawan sugar
- 1/2 Cawan susu pekat 
- 1/2 Cawan butter
-3 kuning telur 


Biscuit cornflakes madu
4 Cawan cornflakes
1/4 Cawan madu
1/4 Cawan mentega
Paper up
Sprinkling hiasan
Ceri hiasan

Cara: cairkan mentega & madu dgn slow heat. Hancurkan cornflakes dlm mangkuk. Masukkan campur an madu n mentega. Sudukan dlm bekas Dan bakar 10-15 min
·         600 gram tepung gandum
·         300 gram gula halus
·         5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
·         2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
·         1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
·         2 sudu teh bicarbonate of soda
·         1 sudu teh esen vanilla
·         sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
·         2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
·         kertas kuih
·         aluminium foil
Cara-cara
1.    Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2.    Tepung gandum dan bicarbonate of soda diayak. Ketepikan.
Menggunakan whisk tangan atau mesin pemutar , pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati
Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.
Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas.
Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
1.    Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam

Biscuit coklat chip:
1 Cawan butter
3/4 gula
1 Cawan gula perang
2 Bijo kuning telur
2 sudu teh vanilla 
3 Cawan tepung gandum red rose
1 sudu teh b. powder + 2 sudu teh air panas
1/2 sudu garam
2 Cawan coklat chip
1 Cawan walnut vinca mg.

Bakar 20-25 pada suhu 180,
N/B; bila dah siap, anak kata manis sgt..jadi lebih baik kurangkan gula

No comments: